Monday, 12 November 2012

MUTIARA KATA


Kata Kata Mutiara 


Ketahuilah bahawa sabar, jika dipandang dalam diri seseorang adalah ibarat kepala dari suatu tubuh. Jika kepalanya hilang maka keseluruhan tubuh itu akan membusuk. Sama halnya jika kesabaran hilang, maka seseorang itu akan rosak.     - Khalifah Ali

Niat adalah ukuran dalam menilai benarnya suatu perbuatan. Jika niatnya benar, maka perbuatan itu benar, dan jika niatnya buruk, maka perbuatan itu buruk.    - Imam An Nawawi

Aku mengamati semua sahabat, dan tidak menemui sahabat yang lebih baik daripada menjaga lidah. Aku memikirkan tentang semua pakaian, tetapi tidak menemui pakaian yang lebih baik daripada takwa. Aku merenungkan tentang segala jenis amal baik, namun tiada yang lebih baik daripada memberi nasihat baik. Aku mencari segala bentuk rezeki, tetapi tiada rezeki yang lebih baik daripada sabar.     - Khalifah Umar

Tiga tanda kesempurnaan iman iaitu jika marah, marahnya tidak lari dari kebenaran. Jika senang, senangnya tidak membawa kepada kebatilan dan ketika mampu membalas dia hanya memaafkan.

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda  tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

Allah menguji keikhlasan apabila bersendirian. Allah memberi kedewasaan apabila ditimpa masalah. Allah melatih kesabaran dlm kesakitan. Dan Allah tidak pernah mengambil sesuatu yg kita sayang, kecuali menggantikannya dengan yg lebih baik.

10 comments:

  1. Tahniah kerana mempunyai blog yang berinformasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihlah kak kerana sudi melihat lagi blog saya.

      Delete
  2. Blog yang menarik. Teruja saya melihatnya. Saya suka......saya suka.............

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sahabatku yang lama tak berjumpa.Syukran..syukran...

      Delete
  3. tahniah,cantik blog..banyak info yang bermanfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya.

      Delete
  4. Blog yang cantik dan banyak informasi berfaedah. Tahniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak di atas komen tersebut.

      Delete