10 KATA-KATA HIKMAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA
11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
12. Agama tidak pernah
mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.
13. Nafsu mengatakan
perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik
atas dasar akhlaknya.
14. Keikhlasan itu umpama
seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya
wujud tapi amat sukar dilihat.
15. Hidup memerlukan
pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan
ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan.
Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
kebahagiaan.
16. Seseorang yang bijak
melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.
17. Harta akan habis
digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya
digunakan.
18. Kekayaan bukanlah satu
dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki
kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.
19. Sahabat yang tidak jujur
ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah
pasti akan terkena asapnya.
20. Mengapa manusia gemar
mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah
kemesraan.
21. Kita sentiasa muda untuk
melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
Assalamualaikum...tahniah. Cantik blog.Padat dan lengkap. Saya sebenarnya masih belajar lagi macam mana nak masuk bahan dlam blog. Jika ada masa cite skit camne. Send kat email saya amzai72155@gmail.com. Terima kasih
ReplyDeleteWS. Terima kasih.Sebenarnya saya masih belajar drp sifu K. Maziah.Blog saya masih lagi kosong dibanding dengan blog rakan yang lain.
DeleteTahniah Salmah.Banyak info yang saya boleh kongsi untuk santapan minda.
ReplyDeleteTerima kasih Laila kerana sudi menjenguk blog yang tak seberapa ini.
DeleteTahniah kerana telah berjaya menghasilkan blog yang menarik. Banyak info yang boleh dikongsi bersama. Ada masa jenguklah saya di noraishahfadzli.blogspot.com ....
ReplyDeleteTerima kasih ......
ReplyDelete