1. Jangan sekali-kali kita
meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.
2. Dunia ini umpama lautan yg
luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam
didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita
akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
3. Hidup tak selalunya indah
tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
4. Setiap yang kita lakukan
biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa
kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.
5. Hati yg terluka umpama
besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.
6. Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan
hidup ada kekuasaan ilmu.
7. Ikhlaslah menjadi diri
sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan
ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.
8. Kegagalan dalam kemuliaan
lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula
lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
9. Tidak ada insan suci yang
tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak
mempunyai masa depan.
10. Kata-kata yang lembut
dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar
dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.